Rejim Zionis tangguh pembinaan tembok bawah tanah di sempadan Gaza

GAZA, 19 Okt 2016 PIC) — Rejim Zionis memutuskan untuk menangguh pembinaan tembok di sempadan Gaza atas alasan projek tersebut memerlukan belanja yang terlalu tinggi.

Sebanyak US$600 juta diperlukan untuk projek tersebut, yang merentas sepanjang 60 kilometer di sempadan Gaza, sehingga memaksa pihak rejim membuka semula tender bagi mengurangkan kos.

Pembinaan tembok di atas tanah dan menghunjam sehingga beberapa meter lagi di dalam tanah itu merupakan projek yang paling besar cuba dilaksanakan oleh tentera Zionis.

Rejim Zionis menyekat wilayah Gaza sejak tahun 2007. Selain menghalang kebebasan aktiviti sosio-ekonomi Gaza, rejim Zionis juga meghalang kemasukan bantuan kemanusiaan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts