Rejim Zionis terima undang-undang rampas wang kebajikan tahanan Palestin

BAITUL MAQDIS, 11 Jun 2017 (Maan) — Sebuah jawatankuasa perundangan rejim Zionis hari ini meluluskan satu usul rang undang-undang untuk merampas wang kutipan cukai yang dibayar kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengikut jumlah peruntukan bagi bayaran kebajikan tahanan serta keluarga mereka.

Dengan undang-undang tersebut, rejim Zionis akan menolak jumlah wang hasil kutipan cukai bulanan yang dipindahkan kepada PA. Ia dianggarkan berjumlah satu bilion shekel (RM 1.2 bilion) setahun.

Usul yang dicadang oleh wakil parti Yesh Atid, Elazar Stern, itu akan dibawa ke parlimen Zionis pada hari Rabu.

Penjajah Zionis mentakrif semua penduduk Palestin yang tidak menerima “hak” mereka untuk menjajah bumi Palestin serta memperjuang hak pelarian untuk pulang ke tanah asal mereka sebagai pengganas. Berdasarkan kriteria tersebut, semua tahanan Palestin dianggap sebagai pengganas.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts