Rejim Zionis terus bekalkan senjata kepada junta Myanmar

TEL AVIV, 6 Feb 2019 — Rejim Zionis terus menjalin hubungan erat dan dagangan senjata dengan junta Myanmar walaupun “rakan pertama Israel” di Asia itu berhadapan dengan tuduhan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk minoriti etnik Muslim Rohingya.

Laporan media Times of Israel hari ini mendedahkan bahawa rejim Zionis terus membenarkan syarikat-syarikat industri pertahanannya menjual senjata kepada tentera Myanmar pada musim luruh 2017, walaupun kebanyakan negara-negara Barat telah mengharamkannya.

PBB menyifatkan serangan ke atas penduduk Rohingya sebagai pembunuhan beramai-ramai yang masih berterusan. Salah satu laporan terakhir Jabatan Negara Amerika mendapati serangan ke atas etnik Rohingya adalah “melampau, berskala besar, meluas dan bertujuan untuk menakut-nakutkan dan menghalau mereka lari keluar.”

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts