GAZA, 14 Jan 2018 — Rejim Zionis hari ini mula menutup pintu lintasan Karem Abu Salem di tenggara kota Rafah tanpa menetapkan tempoh penutupan tersebut.

Penutupan dibuat selepas jet-jet perang melancarkan serangan di timur Rafah, berdekatan kawasan sempatan.

Karem Abu Salem merupakan satu-satunya lintasan khusus untuk membawa masuk barangan ke Gaza. Ia biasanya ditutup pada hari-hari Jumaat, Sabtu dan musim perayaan Yahudi.

Tentera Zionis turut mengumumkan bahwa mereka telah memusnahkan sebuah terowong bawah tanah yang menghubungkan wilayah Gaza dan Palestin 1948 yang terjajah. Terowong sepanjang 1.5km itu melintas di bawah Karem Abu Salem.

(PIC)

SHARE