Rejim Zionis tutup semula pintu lintasan sempadan Beit Hanoun

GAZA, 5 Sep 2018 — Rejim penjajah Zionis hari ini menutup semula pintu lintasan sempadan Beit Hanoun di utara Gaza, kononnya kerana penduduk Gaza mengganas ketika berhimpun di kawasan tersebut semalam.

Pintu lintasan Beit Hanoun dibuka pada 27 Ogos lalu setelah ditutup selama seminggu.

Semalam, penduduk Gaza mengadakan perhimpunan aman mendesak masyarakat antarabangsa memberi perhatian kepada nasib pelarian Palestin susulan tindakan Amerika Syarikat menghentikan dana bantuan kepada UNRWA. Rejim Zionis mendakwa peserta perhimpunan telah merosakkan kemudahan-kemudahan pintu lintasan di sebelah kawasan Gaza.

Rejim Zionis tidak menjelaskan tarikh pintu akan dibuka semula, sebaliknya menyebut bahawa ia akan hanya dibuka selepas semua kerosakan dibaik pulih.

Beit Hanoun merupakan satu-satunya laluan pergerakan penduduk Palestin di antara Gaza, Wilayah Palestin 1948 yang terjajah, Tebing Barat dan juga Jordan. Ia dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis.

Lebih 2 juta penduduk Gaza hidup terkepung sejak tahun 2006.

(PIC, Maan, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts