Rejim Zionis ugut negara miskin untuk dapatkan undi di PBB

RAMALLAH, 10 Apr 2017 (DoP) — Pertubuhan The Coalition for Accountability and Integrity (AMAN) semalam mendedahkan bahawa rejim Zionis mengugut negara-negara miskin bagi mendapatkan sokongan dalam undian di PBB, serta menggunakan dana PBB untuk membeli undi.

Laporan AMAN dikeluarkan setelah memantau pencabulan Kementerian Luar Zionis sejak tiga tahun lalu.

Antaranya, rejim Zionis memberi tekanan kepada negara Nigeria supaya mengambil sikap berkecuali ke atas undian resolusi 31 Disember 2015, yang mencadangkan jadual bagi menghentikan penjajahan Zionis ke atas tanah Palestin. Palestin telah menerima persetujuan bertulis daripada Nigeria untuk menyokong resolusi tersebut, tetapi negara Afrika itu menukar pendirian di saat akhir kerana “diugut oleh rejim Zionis.”

Pada 30 Mac, rejim Zionis mengurangkan dana untuk PBB sebanyak $US2 juta, setelah memotong dana sebanyak $US6 juta pada bulan Januari sebelumnya berikutan keputusan Majlis Hak Asasi PBB meluluskan resolusi ke atas pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh rejim Zionis. Dana tersebut diguna oleh rejim Zionis bagi memberi tekanan dan mengugut negara-negara membangun supaya menyokong mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts