Relawan Harungi Banjir Bantu Mangsa di Gaza

GAZA, 25 Disember 2013 — Setelah lebih seminggu wilayah Gaza dilanda banjir, sebahagian daripada wilayah yang terkepung ini masih ditenggelami air. 10,000 penduduk terpaksa berpindah dan menumpang di rumah jiran, keluarga dan pusat-pusat pemindahan seperti sekolah dan balai polis. Sehingga kini, lebih 5,000 orang masih terpaksa menumpang.

Dalam keadaan cuaca yang sejuk serta ketiadaan bekalan elektrik dan minyak yang berterusan, tidak terkata lagi bagaimana agaknya warga Gaza mampu menghadapi bencana ini. “Ujian tanda Allah sayang kepada kami, Alhamdulillah Allah bersama kami…”. Itulah antara ucapan-ucapan mereka apabila ditanya khabar oleh para relawan yang menyampaikan bantuan kepada mereka.

Sungguh tinggi kesabaran mereka. “Malu untuk kami menasihati supaya mereka bersabar menghadapi bencana ini, kerana ternyata mereka ini adalah orang yang luar biasa kesabarannya,” sebut salah seorang relawan melalui mesej Twitter yang dihantar secara langsung dari lapangan. Misi bantuan kecil ini merupakan kerjasama Al-Sarraa Foundation di Gaza, Sahabat Al-Aqsha Indonesia dan HALUAN Malaysia. Misi ini melihatkan jalinan kasih sayang berterusan rakyat Malaysia dan Indonesia kepada saudara mereka yang hidup dalam sekatan dan kezaliman rejim Zionis di Gaza.

Pada 14 Disember lalu, jurucakap UNRWA Chris Gunness menyebut, “Mana-mana komuniti akan berhempas pulas untuk pulih dari bencana (banjir) seperti ini. Tetapi bagi sebuah komuniti yang dikepung oleh salah satu sekatan yang paling lama dalam sejarah manusia ini, di mana sistem kesihatan awam telah musnah dan risio penyakit yang sudahpun melular, (mereka) harus dibebaskan dari semua halangan bagi mengadapi kesan bencana seperti ini.”

Isinya tidak mahal, bungkusannya pun alah kadar. Tetapi inilah sedikit sumbangan ikhlas kita untuk saudara-saudara di Gaza. Semoga Allah menerima usaha yang kecil ini dan melimpahkan keberkatan ke atas semua penderma yang budiman.

HALUAN Malaysia merayu kepada masyarakat untuk terus menghulurkan bantuan bagi rakyat Gaza menghadapi musim sejuk yang akan berterusan sehingga tiga bulan lagi. Beberapa misi bantuan musim sejuk akan dilakukan dalam masa terdekat.

Anda yang ingin membantu melalui usaha-usaha misi bantuan Biro HALUAN Palestin boleh menyalurkan sumbangan melalui “Tabung Palestin HALUAN” di Bank Islam Malaysia Berhad 14-023-01-003429-2 atau Maybank Berhad 5644-9020-8528.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts