Remaja Palestin cedera ditembak

NABLUS, 26 Apr 2017 (Maan) — Remaja Palestin Saleh Omar Saleh, 16, cedera ditembak oleh tentera Zionis di sekatan Hawara, selatan Nablus, selepas dituduh cuba menikan askar.

Saksi bagaimanapun mendakwa mangsa yang berasal dari kem pelarian Balata di selatan Nablus itu ditembak secara sengaja tanpa sebarang alasan atau aksi yang mengancam tentera Zionis, dan dibiarkan berdarah tanpa sebarang bantuan. Pasukan Bulan Sabit Merah dihalang mendekati kawasan kejadian. Beliau kemudiannya dibawa ke Pusat Rawatan Rabin di Petah Tikva oleh pihak tentera.

Saleh merupakan sepupu kepada Amjad Maher Jaafar yang ditembak di lokasi sama semalam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts