Remaja Palestin cedera parah ditembak di kem al-Jalazon

RAMALLAH, 16 Okt 2016 (PNN) — Sekurang-kurangnya 20 penduduk Palestin cedera dalam serangan tentera Zionis ke atas kem pelarian al-Jalazon berdekatan Ramallah petang semalam.

Seorang daripadanya cedera parah ditembak di bahagian kepala.

Fares Ziad al-Bayed, 16, yang ditembak dengan peluru hidup di bahagian kepalanya kini mendapatkan rawatan kecemasan di Kompleks Perubatan Palestin di Ramallah.

Seorang lagi mangsa ditembak di bahagian belakang manakala sekurang-kurangnya 18 orang yang ditembak dengan peluru getah, di mana tiga daripada mereka dikejarkan ke hospital dan yang lainnya dirawat di tempat kejadian.

Ketika kejadian, penduduk sedang mengadakan perarakan memperingati Ahmad Sharaka, 13, yang meninggal dunia apabila ditembak oleh tentera Zionis di bahagian lehernya pada 11 Oktober 2015.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts