Remaja Palestin Diculik dan Dibakar Hingga Mati

husseinAL-QUDS, 2 Julai 2014 (Al-Ray | IMEMC | Al-Resalah) — Seorang remaja Palestin ditemui maut terbakar, sehari selepas penduduk Yahudi membuat bantahan ganas di jalanan sekitar Al-Quds sambil menyahut “Bunuh Orang Arab.” Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin yang lain terpaksa diselamatkan daripada rusuhan puak Yahudi.

Muhammad Hussein Abu Khdeir, 16 tahun, telah diculik di luar rumahnya di kejiranan Shoefat di Beit Hanina di utara al-Quds oleh sekumpulan Yahudi yang memaksa beliau masuk ke dalam sebuah kereta dan kemudiannya dilarikan.

Mayat remaja itu ditemui dalam keadaan rentung sebahagiannya beberapa jam kemudian berdekatan kawasan hutan di Givat Shaul di barat daya al-Quds. Sekitar 200 penduduk Palestin turun membantah kejadian brutal itu, di mana mereka dihalang oleh polis Zionis dengan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata. 12 penduduk tercedera termasuk dua orang wartawan. Polis dilaporkan menutup semua jalan masuk ke kawasan tersebut.

Beberapa jam terdahulu, puak Yahudi berhaluan kanan mengadakan perarakan di jalanan sambil melaungkan “Bunuh Orang Arab” dan memaksa orang Palestin keluar dari kenderaan mereka dan kemudian memukul mereka. Ketika upacara pengkebumian tiga peneroka Yahudi yang hilang dan ditemui mati, Yahudi berkumpul di Al-Quds untuk mendengar ucapan-ucapan perkauman supaya membalas kematian mereka ke atas orang Palestin.

Ironi sekali, tidak ada langsung maklumat dikeluarkan oleh pihak Zionis mahupun keluarga tentang kematian mereka.

Di upacara pengkebumian, Perdana Menteri Zionis Nenjamin Netanyahu menyeru supaya membalas dendam terhadap Hamas yang beliau tuduh sebagai pihak bertanggungjawab di atas kejadian kematian tiga peneroka tersebut. Zionis tidak pernah memberikan sebarang bukti terhadap tuduhan itu, bahkan Hamas sejak awal lagi menafikan sebarang penglibatan dalam kes ini.

Amnesty International mengeluarkan amaran terhadap serangan “balas dendam” dengan kenyataan bahawa Zionis tidak pernah mengemukakan sebarang bukti dalam tuduhan mereka terhadap Hamas dan juga dua orang suspek dalam kes ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts