Remaja Palestin dihukum penjara 20 tahun

AL-QUDS, 21 Sep 2016 (PIC) — Mahkamah tentera Zionis di Salem petang semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun ke atas Azmi Nafaa, 20, atas tuduhan cuba melanggar sekumpulan tentera di sekatan Zaatara pada bulan November lalu.

Beliau juga dikenakan hukuman penjara tertangguh selama 36 bulan untuk tempoh lima tahun. Kenderaan beliau juga dirampas.

Azmi ditangkap setelah ditembak di tempat kejadian di sekatan Zaatara, selatan Nablus, dan kemudian dipindahkan ke klinik di penjara Ramla kerana keadaan kesihatan beliau yang merosot.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts