Remaja Palestin dihukum penjara seumur hidup dan denda berat

AL-KHALIL, 3 Nov 2016 (PIC) — Mahkamah tentera Zionis di Ofer menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan denda sebanyak 750,000 shekel (RM820,000) ke atas remaja Palestin Murad Badr Ideis, 16, petang tadi.

Remaja yang berasal dari perkampungan Beit Amra di selatan wilayah al-Khalil itu dijatuhkan bersalah atas tuduhan menikam seorang pendatang wanita Yahudi di pos penempatan haram Atna’il di selatan al-Khalil pada 17 Januari lalu. Mangsa Dafna Meir, 38, mati dalam kejadian tersebut.

Murad ditangkap dua hari selepas kejadian ketika masih berumur 15 tahun dan rumah keluarganya di Beit Amra telah dirobohkan pada bulan Jun lalu.

Seramai 34 orang Yahudi terbunuh sejak tercetusnya Intifadah al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts