Remaja Palestin dijatuh hukuman penjara 12 tahun

AL-QUDS, 12 Feb 2017 (Maan) — Mahkamah Agung Zioins di al-Quds hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun ke atas Huthaifa Ishaq Taha, 17, atas tuduhan cuba melakukan serangan menikam tahun lalu.

Huthaifa yang berasal dari kejiranan Kafr Aqab di al-Quds Timur ditangkap pada 4 Januari 2016 selepas ditembak dengan empat butir peluru apabila disyaki cuba membuat serangan menikam di sebuah stesen bas di kawasan penempatan haram Talpiyyot Timur.

Dua Yahudi cedera dalam kejadian tersebut, seorang daripadanya akibat panik manakala seorang lagi terkena serpihan tembakan peluru yang disasar ke arah Huthaifa.

Beliau kini ditahan dalam penjara Megiddo.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts