Remaja Palestin ditembak mati di Beit Lahm

BEIT LAHM, 22 Mei 2017 (PIC) — Remaja Palestin Raed Ahmad Radayda, 16, ditembak mati oleh tentera Zionis di sekatan Container di timur laut Beit Lahm malam tadi, setelah dituduh cuba menikam seorang askar.

Pihak tentera mendakwa Raed berlari ke arah tentera sambil membawa sebilah pisau dan ditembak selepas bergelut. Namun tidak ada sebarang kecederaan di pihak tentera.

Remaja dari bandar al-‘Obeydiyya di timur Beit Lahm itu dibiarkan berdarah sehingga meninggal dunia, di mana tentera menghalang ambulan Bulan Sabit Merah Palestin mendekati tempat kejadian.

Tentera Zionis dikerahkan ke tempat kejadian untuk membuat siasatan, di mana sekatan Container ditutup kedua-dua arah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts