Remaja Palestin ditembak mati di sempadan Gaza

GAZA, 9 Nov 2018 — Remaja Palestin Mohammad Alaa Abu Sharbin, 20, terbunuh dan beberapa yang lain tercedera diserang oleh tentera Zionis di timur kem pelarian Maghazi, Gaza, malam tadi.

Mohammad, yang berasal dari Rafah, meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan ke Hospital Shihada al-Aqsa selepas terkena tembakan di bahagian dada.

Sekurang-kurangnya 233 penduduk Gaza, termasuk 43 kanak-kanak, lima wanita, tiga paramedik dan dua jurnalis telah terbunuh dalam serangan tentera Zionis ke atas perhimpunan Great Return March (GRM) sejak 30 Mac lalu. Hampir 24,000 yang lain tercedera.

(PIC, IMEMC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts