Remaja perempuan al-Khalil ditahan atas dakwaan membawa pisau

AL-KHALIL, 1 Nov 2016 (Maan) — Tentera Zionis mendakwa telah berjaya mematahkan rancangan serangan menikam apabila mereka menangkap seorang remaja perempuan Palestin yang dituduh membawa dua bilah pisau berdekatan Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Badwan Abu Mayyala, 17.

Seramai 237 penduduk Palestin dibunuh oleh tentera Zionis sejak tercetusnya Intifadah al-Quds, dengan sekurang-kurangnya 28 kejadian berlaku di al-Khalil. Kebanyakan mangsa ditembak apabila dituduh cuba menyerang tentera Zionis dengan pisau, walaupun banyak saksi dan pertubuhan hak asasi mempertikai dakwaan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts