Remaja perempuan dibebaskan setelah 3 bulan merengkok dalam penjara

RAMALLAH, 13 Julai 2016 (Maan) — Remaja Nuran Mahmoud al-Balboul, 14, dibebaskan oleh rejim Zionis setelah merengkok dalam penjara selama tiga bulan, apabila rayuan pembebasan beliau diterima oleh mahkamah.

Remaja perempuan dari perkampungan al-Khader di Beit Lahm itu ditahan di Checkpoint 300 di laluan masuk utara Beit Lahm atas tuduhan membawa sebilah pisau dalam beg sekolahnya.

Ketika kejadian, Nuran bersama seorang makciknya sedang menuju ke al-Quds. Beliau diserang oleh tentera Zionis ketika ditangkap.

Dalam rayuannya, peguam beliau membantah tuduhan Nuran membawa sebilah pisau, sebaliknya beliau ditahan hanya kerana bertengkar dengan seorang askar wanita Zionis ketika cuba melepasi sekatan. Makciknya turut menafi dakwaan Nuran membawa pisau ketika kejadian.

Bapa Nuran, Ahmad, telah dibunuh pada tahun 2008. Dua orang abangnya masih merengkok dalam penjara atas tahanan pentadbiran tanpa pengadilan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts