RAMALLAH, 10 Dis 2018 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan dan denda sebanyak 2,000 Shekel (RM2,240) ke atas remaja perempuan Israa Samih Jaber, 19.

Bagaimanapun hukuman penjara ke atas Israa ditangguhkan sehingga lima tahun.

Tentera Zionis menangkap beliau pada bulan Februari 2017 atas tuduhan membawa pisau dan cuba membuat serangan menikam.

Israa, bersama beberapa tahanan wanita lain, telah lulus peperiksaan matrikulasi kebangsaan ketika dikurung dalam penjara Damon.

(PIC, AA)

SHARE