Remaja Perempuan Dilanggar Dan Ditembak Pemimpin Pendatang Yahudi

BETHLEHEM, 22 Nov 2015 (Maan) — Seorang tokoh pendatang Yahudi melanggar dan menembak seorang remaja perempuan Palestin di sekatan Huwarra di Nablus.

Bekas ketua “majlis daerah Samaria” Gershon Mesika, iaitu seorang pemimpin kepada masyarakat pendatang haram Yahudi di Tebing Barat, melanggar remaja 16 tahun tersebut sehingga keretanya terbabas ke longkang dan kemudian keluar dari keretanya serta menembak mangsa, diikuti dengan tembakan dari kalangan tentera Zionis.

Mangsa telah dikenal pasti sebagai Ashraqat Taha Ahmad Qatanani yang berasal dari Nablus.

Serangan tersebut berlaku hanya 24 jam selepas remaja Palestin Muhammad Shaker al-Tarda, 18 tahun, menikan dan mencederakan empat pendatang Yahudi berdekatan penempatan Kiryat Gat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts