Remaja perempuan Palestin cedera ditembak selepas dituduh cuba menikam askar Zionis

BEIT LAHM, 6 Julai 2016 (Maan) — Seorang remaja perempuan Palestin cedera parah ditembak di bahagian perut di luar kawasan penempatan haram Ariel petang semalam, setelah beliau dituduh cuba menikam seorang askar Zionis.

Mangsa Jamileh Daoud Hasan Jaber, 17, dari bandar al-Zawiya di barat Salfit itu kemudiannya ditangkap. Tidak ada sebarang kecedaran di pihak tentera Zionis.

Krew ambulan Bulan Sabit Merah Palestin dihalang mendekati kawasan insiden untuk memberi bantuan. Sebaliknya, sebuah ambulan Zionis kemudiannnya tiba untuk membawa Jamileh dari tempat kejadian. Pihak Zionis mendakwa mangsa masih dirawat di sebuah hospital.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts