Rentetan serangan rejim Zionis ke atas al-Aqsa dari 1967 hingga 2000

AL-QUDS, 30 Julai 2017 — Langkah rejim penjajah Zionis memasang pintu-pintu elektronik dan penghalang besi di pintu-pintu Masjid al-Aqsa bukanlah satu-satunya serangan dan pencabulan mereka sejak mengawal tapak suci umat Islam itu pada tahun 1967.

Sejak penjajahan mereka ke atas al-Quds Timur pada tahun 1967, Masjid al-Aqsa dan semua musolla yang ada di perkarangan masjid mengalami banyak insiden keganasan dan serangan penjajah Zionis Israel. Berbagai bentuk serangan dan pencabulan telah berlaku di kawasan Masjid al-Aqsha, dari pencerobohan yang dilakukan para menteri dan Ahli Parlimen Knesset, anggota polis dan pendatang Yahudi, hinggalah cubaan mereka untuk melakukan ritual keagamaan di dalamnya, yang menghasut perasaan para jamaah yang berjaga di dalamnya serta warga Palestin secara umumnya.

Pencabulan mereka ditambah lagi dengan undang-undang yang dibuat oleh penjajah Zionis untuk mendominasi dan membahagi Masjid al-Aqsa mengikut waktu dan kawasan tertentu di antara umat Islam dan kaum Yahudi.

Penjajah Zionis sengaja melanjutkan langkah-langkah keselamatan dengan tujuan untuk mencegah jamaah masuk bersolat di Masjid al-Aqsa, serta menghasut perasaan mereka.

Perkara ini memberi petunjuk bagawa rejim Zionis menerapkan langkah yang memperdayakan melalui hukuman secara kolektif ke atas seluruh umat Islam, dengan menyinggung dan melukai perasaan keagamaan mereka dan menodai tempat-tempat suci mereka melalui penggunaan kekuatan senjata yang berlebihan.

Walaupun ada komitmen antarabangsa yang mewajibkan penjajah Zionis mengerah semua cara untuk menjamin penghormatan penuh dan perlindungan untuk tapak-tapak suci dan simbol-simbol agama, ia tidak sedikit pun menggugat agenda rejim Zionis.

Berikut ini adalah ringkasan dari ratusan serangan dan pencabulan yang dilakukan penjajah Zionis di Masjid al-Aqsa:

7 Jun 1967
Jeneral Mordechai Gur bersama tenteranya menyerbu masuk Masjid al-Aqsa pada hari ketiga awal perang tahun 1967. Mereka mengibarkan bendera Zionis di Kubah as-Sakhra’ dan membakar mushaf-mushaf Al-Quran. Mereka turut melarang jemaah bersolat di dalam Masjid Al-Aqsha serta mengunci kunci pintu-pintu masjid.

15 Jun 1967
Ketua Rabbi kanan dalam tentara Zionis, Shalomo Goren bersama lima puluh pengikutnya melakukan ritual di perkaranga Masjid Al-Aqsa.

Tahun 1968
Penjajah Zionis mengeluarkan keputusan untuk menyita tanah dan bangunan penduduk Palestin di kota al-Quds. Mereka mendakwa bahawa tanah tersebut adalah “tanah negara,” walaupun ada pemilik asalnya. Seterusnya sejak saat itu, tanah-tanah seluas 3345 hektar disita.

21 Ogos 1969
Terjadi pembakaran Masjid Al-Aqsa oleh seorang Yahudi dari Australia, Denis Michael Rohan.

2 November 1969
Wakil Presiden Zionis Eival Alon dan pembantunya menyerbu Masjid Al-Aqsa.

28 Januari 1976
Mahkamah Pusat Zionis memutuskan bahawa orang Yahudi memiliki hak untuk beribadah di dalam Masjid Al-Aqsa.

13 Januari 1981
Anggota gerakan “Temple Mount Faithful” dan kelompok-kelompok lain menyerbu Masjid AL-Aqsa dan mengibarkan bendera Zionis serta mempamerkan risalah-risalah Taurat.

28 Ogos 1981
Terowong bawah tanah yang digali penjajah Zionis ditemui di sepanjang Masjid Al-Aqsa, bermula dari Tembok al-Buraq, tembok barat Masjid Al-Aqsa yang kemudian dijadikan sebagai “Tembok Ratapan.”

24 Februari 1982
Ketua gerakan “Temple Mount Faithful” Guoshun Salmon menyerbu masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa.

11 April 1982
Seorang askar Zionis bernama Harry Goldman melepaskan tembakan secara membabi buta di dalam Masjid Al-Aqsa, menyebabkan dua orang jemaah terbunuh dan lebih 60 yang lain cedera.

25 Julai 1982
Seorang aktivis gerakan Kach, Yoel Lerner, ditangkap setelah merancang untuk meletupkan Kubah as-Sakhra’.

20 Januari 1983
Penubuhan sebuah gerakan pelampau Zionis dan Amerika yang bertujuan untuk membina “Temple Mount” di aats tapak Masjid Al-Aqsa.

26 Januari 1984
Dua orang Yahudi menceroboh masuk Masjid Al-Aqsa dengan membawa bom dan grenad dalam jumlah besar untuk meledakkan Kubah Sakhra’.

11 Mac 1997
Hakim Agung sebagai penasihat undang-undang pemerintah Zionis mengizinkan orang-orang Yahudi untuk beribadah di dalam Masjid Al-Aqsa setelah berkoordinasi dengan pasukan polis Zionis.

31 Ogos 1997
Terdedah rancangan Zionis untuk membongkar istana Umayyah berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa serta meluaskan “Tembok Ratapan.”

11 Januari 2000
Mahkamah Agung Zionis memutuskan bahawa “keputusan politik” bertanggung jawab untuk memutuskan hal-hal berkenaan Masjid Al-Aqsa.

28 September 2000
Ariel Sharon menyerbu Masjid Al-Aqsa, peristiwa yang kemudian mencetus Intifadah Al-Aqsa.

29 September 2000
Selepas insiden serbuan Ariel Sharon, pasukan tentera Zionis melakukan serangan ke atas jemaah di tapak suci itu, menyebabkan puluhan ahli jemaah terkorban dan cedera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts