Rentetan tindakan pejuang Palestin melawan keganasan tentera Zionis

GAZA, 13 Nov 2018 — Ketika tentera Zionis terus melancarkan serangan ke atas Gaza selama dua hari berturut-turut, kumpulan pejuang Palestin menunaikan kewajipan mereka melindungi penduduk awam dan mempertahan bumi barakah yang terkepung itu.

Serangan tentera udara Zionis sejak malam Isnin telah mengorbankan enam penduduk dan mencederakan 28 yang lain, dalam 150 serangan ke atas 80 bangunan dan institusi awam di Gaza.

Sementara itu, sejumlah roket dilancarkan ke dalam wilayah yang diduduki penjajah, menyasarkan bangunan dan pengkalan tentera Zionis di kawasan sempadan Gaza dan kota Asqalan.

Pusat Informasi Palestin (PIC) memantau peristiwa terbatu yang berlaku sejak jam 2:30 pagi semalam sehingga petang Selasa.

04:00 – Tentera Zionis menyerang penduduk awam di Athathirah, utara Gaza. Sementara sejumlah agensi berita melaporkan berlaku kecederaan.

03:55 – TV Al-Quds menyiarkan kenyataan khas dari Bilik Operasi Bersama kumpulan-kumpulan mujahidin Palestin, bahawa berikutan sengitnya serangan tentera Zionis, kumpulan mijahidin masih kekal dalam keadaan untuk menyerang balas. “Jika serangan Zionis berhenti, maka kami pun akan berhenti, setiap kejadian ada pembalasannya.”

03:53 – Sebanyak 24 roket dilancarkan dari Gaza, menyasarkan wilayah yang diduduki rejim penjajah tanpa sebarang amaran awal.

03:50 – Koresponden PIC melaporkan seorang pemuda berumur 23 tahun tercedera di bahagian kaki kanan, setelah terkena serpihan roket di Mathahin, utara Khan Younis. Beliau telah dikejarkan ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

03:43 – Bunyi siren berkumandang di Shaer Hanegiv.

03:35 – Tentera Zionis menyerang penduduk di timur Der Balah, tengah Kota Gaza.

03:32 – Media Zionis, Walla: Dua rumah rosak dihentam roket yang dilancarkan dari Gaza ke Asqalan.

03:28 – Media Zionis melaporkan siren bergema di Sderot.

03:12 – Tiga cedera dalam serangan tentera Zionis menyasarkan sebuah pengkalan mujahidin di Jalan Mathahin, utara Khan Younis, selatan Gaza.

03:10 – Kumpulan mujahidin menyasarkan serangan ke Asqalan. Sebuah bangunan dihentam.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts