Ribuan penduduk berjaya masuk tunaikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 18 Dis 2020 — Ribuan penduduk Palestin berjaya memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat hari ini, walaupun dikenakan sekatan ketat bagi mengekang jangkitan Covid-19.

Para jemaah bergerak seawal waktu Subuh dari kota Baitulmaqdis dan wilayah Palestin 1948 yang terjajah, menuju ke tapak suci itu.

Polis Zionis memasang sekatan-sekatan jalan bagi menghalang para jemaah dari kawasan Tebing Barat, serta menahan kad pengenalan para jemaah yang masuk ke masjid.

Dalam khutbah beliau, khatib Sheikh Yusef Abu Sneina memuji kecekalan penduduk Palestin yang setia mengimarahkan Masjid al-Aqsa. “Masjid al-Aqsa akan tetap dipertahankan walaupun sikap agresif penjajah ke atas tapak suci, cubaan mereka untuk mengawalnya serta menghalau para jemaah, dan mengepung pintu-pintu masuk,” kata beliau.

Beliau turut menyeru para jemaah hadir mendidirkan solat lima waktu dan kekal berada di perkarangan masjid.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts