Ribuan penduduk iringi pengkebumian 3 pemuda Gaza

GAZA, 18 Ogos 2019 — Ribuan penduduk Gaza mengiringi upacara pengkebumian tiga pemuda yang terkorban dalam serangan tentera Zionis di sempadan utara Gaza petang semalam.

Jenazah Mahmoud Adel Walaydeh, 24, Mohammed Farid Abu Namous, 27, dan Mohammed Samir Tramsy, 26, di bawa dari Hospital Indonesia di utara Gaza menuju ke Masjid Issuddin al-Qassam di kota Beit Lahia untuk upacara solat jenazah.

Mereka terkorban dalam serangan helikopter dan kereta kebal tentera Zionis berdekatan pagar sempadan di Beit Lahia, utara Gaza, semalam. Seorang lagi pemuda dilaporkan cedera parah.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts