GAZA, 11 Jan 2018 — Hospital-hospital di Gaza mungkin terpaksa menghentikan perkhidmatan rawatan kritikal ekoran krisis kekurangan bekalan bahanapi.

Kenyataan Kementerian Kesihatan menyebut bahawa bekalan yang ada tidak mengcukupi dan sekiranya tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat, mereka terpaksa menutup perkhidmatan rawatan-rawatan penting. Rawatan pembedahan juga akan dibatalkan atau ditangguhkan.

Kanak-kanak yang mengalami kegagalan buah pinggang tidak mendapat rawatan sejak dua hari lalu, akibat masalah tersebut.

Pihak kementerian kini berusaha memindahkan kanak-kanak dan pesakit kritikal ke Pusat Rawatan al-Rantisi untuk menjalani dialisis buah pinggang.

(PIC)

SHARE