‘Ribuan’ Yahudi Rancang Ceroboh Masuk Al-Aqsa

cerobohA-QUDS, 27 Mei 2014 — Yayasan Wakaf melaporkan bahawa beberapa pertubuhan nasionalis Yahudi akan berarak masuk ke perkarangan masjid al-Aqsa hari esok (Rabu).

Yayasan Wakaf yang bertanggungjawab ke atas perkarangan masjid al-Aqsa menyebut ribuan Yahudi akan menyahut seruan pertubuhan mereka itu, di mana polis zionis akan menutup jalan-jalan di Al-Quds sepanjang perarakan mereka ke masjid al-Aqsa. Jurucakap polis Zionis, Micky Rosenfeld melalui laman sosial Tweeter menyebut, “Penilaian keselamatan menyeluruh oleh polis untuk Hari Jerusalem esok. Ratusan pegawai akan terlibat sebagai langkah keselamatan.”

“Hari Jerusalem” merupakan hari kebangsaan di negara haram zionis itu, bagi memperingati apa yang mereka gelar sebagai hari penyatuan semula kota tersebut. Hari tersebut dirayakan oleh para aktivis berhaluan kanan dengan perarakan melalui Kota Lama.

Terdahulu, polis zionis telah mengiringi sejumlah 72 Yahudi memasuki perkarangan masjid al-Aqsa. Berikutan provokasi tersebut, para jemaah masjid melaungkan “Allahu Akbar.” Resenfeld melalui Twitter menyebut, “Arab baling batu ke atas kumpulan pelawat Temple Mount. Polis di tempat kejadian cedera ringan. Lawatan diteruskan seperti biasa, Suasana aman.”

Bagi rakyat Palestin dan masyarakat antarabangsa, Al-Quds Timur (East Jerusalem) adalah merupakan wilayah yang terjajah.

—-

Sumber berita: Maan Agency

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts