Robohkan sediri, atau bayar kos kami menghancurkannya

Zionis Israel memaksa seorang penduduk berbangsa Palestin di al Quds, Nashri Abu Rajab, 60 tahun, supaya membuat salah satu pilihan berkenaan usaha meroboh kediaman beliau: menghancurkan rumahnya sendiri ataupun membayar kos yang sangat tinggi kepada Israel bagi membiayai kerja-kerja meranapkan rumah tersebut.

Gambar hiasan: Zionis menghancurkan rumah penduduk Palestin
Gambar hiasan: Zionis menghancurkan rumah penduduk Palestin

Mahkamah rejim pengganas Zionis Israel telah membuat ketetapan bagi menghancurkan rumah milik keluarga Abu Rajab dengan alasan rumah tersebut dibina tanpa permit daripada pihak berkuasa Zionis Israel dan harus membayar kompaun yang sangat tinggi. Palestinian Information Center melaporkan bahawa keluarga Abu Rajab telah mendapat notis amaran bagi merobohkan rumahnya beberapa tahun yang lalu bilamana beliau selesai kerja-kerja renovasi rumah yang didiami sejak 3 dekad itu. Kerja-kerja renovasi itu terpaksa dibuat kerana ianya sudah usang dan hampir roboh.

Notis amaran tersbut juga diiringi dengan perintah membayar kompaun sebanyak 24 ribu shekel, atau sekitar USD6500. Abu Rajab telahpun melunaskan bayaran kompaun tersebut secara beransur-ansur. Namun pihak Zionis kembali menngeluarkan perintah supaya membayar denda tambahan sebanyak 12 ribu shekel setelah pembayaran kompaun pertama itu dilunaskan. Keluarga tersebut tetap menurut perintah membayar denda tambahan yang baru secara beransur-ansur. (mn/PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts