Rumah akvitis hak asasi diisythiar sebagai zon larangan tentera

AL-KHALIL, 4 Sep 2016 (Maan) — Tentera Zionis melanjutkan tempoh pengisytiharan kawasan larangan tentera untuk selama 24 jam lagi ke atas rumah keluarga aktivis pertubuhan has asasi, B’Tselem Abu Imad Jaber.

Mereka memecah masuk rumah yang terletak di selatan al-Khalil itu pada awal pagi untuk menyerahkan notis berkaitan. Dua anak lelaki Abu Imad ditangkap atas tuduhan memasuki kawasan larangan, iaitu rumah mereka sendiri. Kedua-dua mereka bagaimanapun dibebaskan beberapa jam kemudian.

Tentera Zionis cuba menyekat Abu Imad daripada membina tingkat dua rumahnya, termasuk dengan menghalang bahan binaan dibawa masuk ke kawasan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts