Rumah keluarga suspek pembunuh askar Zionis akan diroboh

AL-KHALIL, 12 Ogos 2019 — Tentera penjajah Zionis mengambil ukuran rumah-rumah keluarga dua penduduk Palestin yang menjadi suspek pembunuh seorang askar Zionis, sebagai persediaan untuk meroboh walaupun mereka tidak mendedahkan bukti pertuduhan.

Mereka yang dituduh adalah Kassem Asafra, 30, dan sepupunya Nseir Asafra, 24, yang berasal dari bandar Beit Kahil di barat laut al-Khalil. Isteri Kassem, Enas, turut ditangkap bersama adik lelaki Nseir, Akrama Asafra, atas sangkaan membantu kedua-dua suspek.

Kassem dan Nseir ditekan oleh badan perisikan Zionis, Shin Bet, supaya mengaku bersalah atas tuduhan membunuh askar Zionis, Dvir Sorek, 18, di kawasan penempatan haram Migdal Oz awal Khamis lalu. Mereka ditangkap ketika sedang tidur, kurang 48 jam selepas kejadian.

Tentera Zionis juga merampas sebuah kenderaan yang kononnya digunakan dalam insiden tersebut.
Pegawai-pegawai tentera Zionis mendakwa suspek tidak mewakili mana-mana kumpulan Palestin, sebaliknya bertindak secara individu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts