Rumah penduduk Palestin di Silwan diancam penggalian bawah tanah

AL-QUDS, 29 Ogos 2016 (PIC) — Rumah serta struktur bangunan di bandar Silwan mengalami keretakan teruk akibat kerja-kerja penggalian bawah tanah kawasan kejiranan penduduk Palestin.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh dalam kenyataan mereka memberi amaran bahawa bangunan-bangunan terbabit bakal runtuh akibat peningkatan kerja-kerja membuat penggalian. Beberapa bulan lalu, keluarga Adnan Seyam terpaksa pindah dari tingkat pertama rumahnya apabila dinding roboh. Kini keretakan merebak ke tingkat dua rumah tersebut.

Bahkan struktur bangunan dan jalan di kejiranan tersebut kini jelas kelihatan senget, walaupun pihak rejim cuba menutup perkara tersebut.

Bunyi bising kerja-kerja menggali dapat didengar sepanjang masa, siang dan malam, sejak tahun 2007.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts