Rumah Penduduk Palestin di Tubas Dirobohkan

tubas-02TUBAS, 3 Julai 2014 (AlRay) — Rejim Zionis merobohkan enam buah rumah di perkampungan Aqaba di timur Tubas di Tebing Barat pagi tadi.

Dua jentera berat tentera mula meruntuhkan bangunan rumah-rumah berkenaan pada waktu Subuh menyebabkan penghuninya kehilangan tempat tinggal.

Ketua majlis di kampung berkenaan, Sami al-Sadiq, melaporkan tentera Zionis mengepung seluruh kampung tanpa memberi sebarang amaran, dan kemudian mula merobohkan rumah-rumah tersebut dengan menggunakan jentolak.

Tentera Zionis merobohkan beberapa rumah penduduk Palestin di Tebing Barat berikutan insiden pembunuhan tiga peneroka Yahudi di Al-khalil beberapa hari lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts