BEIT LAHM, 11 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis menduduki bumbung sebuah rumah penduduk Palestin yang sedang dibina di bandar al-Khader di selatan wilayah Beit Lahm, dan menjadikannya sebagai pos kawalan mereka.

Pasukan tentera terbabit menyerbu kawasan Abu Sood sebelum mula menduduki rumah milik keluarga Yousef Abed Mousa.

Sebelum ini, tentera Zionis mengarahkan supaya kerja pembinaan dihentikan serta mengugut untuk merobohnya atas tuduhan dibina tanpa kebenaran.

(IMEMC)

SHARE