Rumah penduduk Palestin dirampas dan dijadikan pos tentera

AL-KHALIL, 13 Apr 2017 (Maan) — Tentera Zionis pagi tadi menyerang masuk rumah keluarga Khalid al-Shahatit di perkampungan Khursa, menghalau keluar penghuninya dan menjadikan rumah tersebut sebagai pos tentera sementara.

Tentera penjajah turut mengibarkan bendera Zionis di luar bangunan rumah tersebut.

Tentera Zionis sering menjadikan rumah penduduk Palestin yang terletak berdekatan kawasan penempatan haram sebagai pos sementara mereka. Bagaimanapun Khursa tidak terletak bersekatan kawasan penempatan haram ataupun pengkalan tentera.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts