Saat-saat Akhir Seorang Mujahid

GAZA CITY Apr 28, 2012 – Setiap rombongan luar yang datang menziarahinya, almarhum As-syahid Sheikh Ahmad Yassin akan sentiasa mengingatkan mereka bahawa isu penjajahan bumi Palestin ini wajib ditangani oleh semua umat Islam sedunia. Begitulah pesanan yang diulangi beliau, kata anaknya Abdul Hameed Ahmad Yasin ketika ditemui oleh pasukan HALUAN di rumah bapanya itu.

 

Menara masjid turut dibedil hingga pecah
Menara masjid turut dibedil hingga pecah

Pada tanggal 22 Mac 2004, pesawat serta helikopter rejim zionis Israel asyik berlegar di udara hingga ke malamnya. Isteri almarhum bimbang dan meminta agar almarhum tidak ke masjid. Permintaan itu ditolaknya dengan tegas bahawa sudah sekian lama beliau telah berdoa agar menemui syahid. Demi langit yang gemuruh dengan penerbangan Israel itu, beliau serta jamaah masjid lain mengambil keputusan untuk beriktikaf sahaja di situ.

Selesai subuh, tidak sampai 20 metre di jalanraya di hadapan masjid, tiga buah roket daripada helikopter telah singgah pada tubuh Sheikh Ahmad Yassin yang sememangnya kehausan syahid. Abdul Hameed ketika itu juga selesai bersolat bersama ayahnya dan berada sekitar 50 metre dari tempat kejadian. Beliau cedera parah dan melihat lima orang wira lagi yang gugur bersama almarhum. Dia tidak dapat melakukan apa-apa kerana kedua-dua belah kakinya tercedera. Semasa kami menemuinya, Abdul Hameed keluar menggunakan tongkat.

“Rumah ini tidak pernah ditutup kepada pelawat; dari pagi hingga ke malam. Malah anak-anak sekolah akan singgah mencium tangan beliau sebelum pulang ke rumah mereka masing-masing. Ayah saya sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dakwah dan di kerusi roda inilah beliau akan duduk melayan semua tetamu yang datang,” ujar beliau.

Jumaat hari cuti dan almarhum banyak membaca Quran dan hadith, atau bertanya siapakah orang yang boleh diziarahinya untuk silaturrahim. Begitulah kehidupan seorang mujahid sejati yang memegang erat pada janji-janji Allah dan tidak pernah merasa gentar dengan mati yang pasti.

Maka tidak hairanlah di malam sebelum itu beliau telah berkata kepada isterinya, ”malam ini aku akan syahid”. HALUAN Malaysia berpeluang menziarahi pusara almarhum di daerah Jabaliya untuk bersedeqah Al-Fatihah serta mendoakan mujahid agung kurun ini.

Abdul Hameed bersama cucu-cucu Almarhum
Abdul Hameed bersama cucu-cucu Almarhum
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts