Sasaran seorang penghafal al-Quran dalam setiap keluarga Gaza hampir tercapai

GAZA, 1 Nov 2016 (PIC) — Ketua Daarul Quran al-Karim, Mahmud Khas, menyatakan bahawa sasaran untuk melahirkan sekurang-kurang seorang penghafal al-Quran dalam setiap keluarga di Gaza akan tercapai dalam waktu terdekat.

Program perkemahan al-Quran pada waktu cuti musim panas membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan, di mana program tahunan selama 60 hari itu telah berjaya melahirkan ribuan penghafal al-Quran.

Selain daripada menghafal al-Quran, pemuda dan pemudi Gaza juga mempelajari hukum-hakam serta melatih pemikiran dan akhlak mereka sesuai dengan ajaran Islam.

Menurut kenyataan Mahmud, sehingga kini program tersebut sudah melahirkan seramai 20,000 penghafal al-Quran. Terdapat 2,226 kumpulan tahfiz tersebar di seluruh Gaza, dengan bilangan pelajar seramai 22,000 orang.

Menghafal al-Quran kini menjadi satu kebiasaan di Gaza. Keluarga Usamah an-Naji contohnya, mempunyai tiga orang anak yang sudah menghafal al-Quran. Bahkan ayah dan ibu mereka juga adalah penghafal al-Quran. Kata Usamah, “Masjid al-Aqsa tidak akan terbebas kecuali oleh generasi al-Quran yang unik, dan tanda-tanda kemunculan generasi al-Quran itu muncul dari Gaza.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts