Sebuah Keluarga Cedera Akibat Letupan Di Jabaliya

Gaza, 22 Januari 2012 – Pagi tadi, 4 warganegara yang terdiri daripada seorang lelaki, dan isterinya dan anaknya telah tercedera akibat kesan letupan yang besar di sebuah rumah di Perkhemahan Jabaliya yang terletak di utara semenanjung Gaza.

Jurucakap bagi Jawatankuasa Tertinggi Ambulans dan Kecemasan di semenanjung Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan bahawa  letupan tersebut telah mengakibatkan kecederaan kepada lelaki dan keluarganya itu. Seorang lelaki lain telah menggambarkan kecederaan yang dialami mereka sebagai kecederaan yang sederhana.

Abu Salmiah menjelaskan lagi bahawa kenderaan-kenderaan Ambulans telah membawa orang-orang yang tercedera itu ke Hospital Kamal A’dwan di utara semenanjung  Gaza untuk menerima rawatan.

 

Diterjemahkan oleh Muhammad Uzair bin Izham
Sumber :  paltoday.ps

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts