Sebuah Lagi Rumah Palestin Dibakar Di Douma

NABLUS, 24 Ogos 2015 (Alray) — Penyerang yang tidak dikenali membakar sebuah rumah penduduk Palestin di perkampungan Douma di Nablus awal pagi tadi. Tidak ada kecederaan dilaporkan.

Kebakaran yang berlaku di rumah milik keluarga Mnour Dawabsha itu, yang dipercayai angkara khianat pendatang Yahudi, menyebabkan penghuninya mengalami sesak nafas, namun berjaya dibawa ke hospital dengan segera. Pasukan perkhidmatan awam tiba ditempat kejadian dan berjaya memadam kebakaran dan menyelamatkan ahli keluarga terbabit.

Keadaan yang berlaku dalam serangan kali ini hampir sama dengan insiden membakar rumah keluarga Saed Dawabsha pada 31 Julai lalu, di mana bayi Ali Dawabsheh, 18 bulan, dan bapanya Saed meninggal dunia. Ibu dan seorang lagi anak mereka masih berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Dalam kedua-dua kejadian, bahan pembakar dibaling masuk ke dalam rumah. Namun kali ini tidak ada tulisan slogan perkauman sepertimana dalam kes terdahulu.

Penduduk Palestin bagaimanapun dinasihat berhati-hati dalam membuat dakwaan tentang penyerang yang membakar rumah tersebut, kerana kegagalan mengaitkan pendatang Yahudi dengan kes kebakaran ini boleh menyebabkan rejim Zionis mengambil kesempatan untuk menggugurkan kes jenayah kebakaran terdahulu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts