Sekatan Israel Ke Atas Gaza Perlu Dihentikan – Liga Arab

Rafah, 14 Jun – Pemimpin Liga Arab, Amr Mussa, mendesak masyarakat antarabangsa bersepakat menamatkan sekatan Israel sejak empat tahun lalu ke atas penduduk Gaza.

“Sekatan Israel ke atas Gaza perlu dihentikan,” katanya dalam kunjungan pertama beliau ke jajahan itu.

“Pendirian Liga Arab jelas, sekatan ini perlu ditamatkan,” katanya selepas dialu-alukan di sempadan Rafah dengan Mesir oleh pemimpin Palestin.

“Bukan hanya orang Arab, namun seluruh dunia perlu berdiri bersama rakyat Palestin menentang sekatan Gaza dan apa yang berlaku dalam jajahan itu selain timur Baitulmaqdis,” katanya lagi.

Lawatan Mussa hanya dua minggu selepas komando Israel melancarkan satu serbuan tidak menjadi ke atas sekumpulan kapal bantuan antarabangsa yang berakhir dengan kematian sembilan aktivis Turki termasuk seorang warga Amerika Syarikat.

Ia adalah kali pertama seorang setiausaha agung organisasi 22 negara anggota Arab melawat Gaza yang diambil alih Hamas pada Jun 2007 selepas pergerakan itu menyingkirkan pentadbir Fatah pimpinan Presiden Mahmud Abbas.
Lawatan 10 jam, diumumkan sejurus selepas serbuan maut kapal bantuan, mensasarkan semangat perpaduan rakyat Palestin’ berdepan sekatan dan menggesa usaha lebih besar untuk penyatuan serpihan lain, kata pembantu atasan Hisham Yussef.

Bercakap kepada wartawan di sempadan itu, Mussa mengulangi gesaan kepada Hamas dan Fatah supaya menyelesaikan perbezaan mereka.

“Penyatuan adalah asas dan persoalan prinsip. Ia adalah persoalan kesanggupan dan bukan satu tanda, ia adalah satu hasrat, ia adalah dasar, kedudukan yang diterjemahkan kepada satu perjanjian terhadap semua isu,” katanya.

“Sejarah tidak terhenti di hadapan satu ayat di sini atau satu perenggan di sana.”

Ketika kunjungan itu, Mussa dijangka mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya selain wakil agensi, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pemimpin perniagaan tempatan dan organisasi bukan kerajaan.  (AFP/BHO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts