Sekatan Ke Atas Gaza Tidak Sah Dan Mesti Dihentikan Segera – UNRWA

Pierre-KrahenbuhlKAHERAH, 12 Okt 2014 (PIC) — Ketua Pesuruhjaya UNRWA Pierre Krähenbühl menegaskan bahawa sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis dan sekutunya ke atas Gaza adalah tidak sah dan perlu dihentikan dengan serta-merta.

Bercakap dalam satu sidang media selepas tiba di sini untuk menghadiri persidangan pembinaan semula Gaza semalam, Krähenbühl berkata. “[Sekatan ke atas Gaza] adalah merupakan kunci utama kepada 1.9 juta rakyat Gaza dan aspirasi mereka.”

Krähenbühl menggesa masyarakat antarabangsa supaya campur tangan dan mengambil tanggunjawab terhadap rakyat Gaza, di mana ketabahan serta perjuangan mereka untuk mengharungi kehidupan di bawah sekatan dan kezaliman rejim Zionis telah memberi sumber keyakinan kepada seluruh dunia.

Satu persidangan dari kalangan penderma untuk pembangunan semula Gaza melibatkan 50 negara serta Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, berlansung hari ini bagi membantu pembangunan semula wilayah yang dimusnahkan oleh rejim Zionis akibat serangan selama 51 hari dan juga sekatan yang berlarutan sejak tahun 2006.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts