Semarak Bersama Aktivis LL4G Anjuran JAKIM

PUTRAJAYA, 24 Jun – Seramai 1000 orang peserta telah hadir ke program Semarak Bersama Wira Gaza anjuran JAKIM telah diadakan di auditorium, JAKIM baru-baru ini.  Majlis dimulai dengan ucapan aluan-aluan oleh Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz, Ketua Pengarah JAKIM dan seterusnya dirasmikan oleh Y .B. Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir Bin Baharom.   Beliau mengucapkan tahniah kepada para badan NGO di bawah Lifeline 4 Gaza (LL4G) kerana berjaya membentuk arus baru kepada kesedaran masyarakat kepada isu Palestin.    Lapan orang relawan kemanusiaan Gaza dan para pimpinan badan NGO telah hadir dalam  majlis ini.  Presiden Haluan, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman turut hadir dalam majlis yang penuh makna ini.

alt

Setelah majlis perasmian, program diteruskan dengan rakaman Forum Semarak Bersama Wira Gaza dipengerusikan oleh Ustaz Zakaria, pegawai khas Ketua Pengarah JAKIM.   Ahli panel forum ialah Tuan Haji Noorazman Mohd Shamsuddin (Haluan), Dr. Syed Haleem Syed Hassan (Haluan) dan Dr. Ir. Selamat Aliman (JIM).  Banyak isi penting yang dikupas satu persatu oleh para panelis.  Perbincangan berkisar dari segi kekejaman tentera Israel, pengalaman peribadi sebagai tawanan dan persiapan yang perlu ada untuk menjadi relawan kemanusiaan.

“Para relawan dari Indonesia yang tercedera akibat tembakan komando Israel, telah dibawa ke hospital di Israel.  Di sana mereka dibedah tanpa bius dan dijahit semula seperti menjahit guni kasar,”  ujar Tuan Haji Noorazman.

“Teruskan usaha memboikot barangan syarikat milik orang Yahudi,” komen Dr. Syed Haleem dengan penuh bersemangat.

alt
Demikian sebahagian petikan perkongsian yang penuh bermakna daripada para panelis.  Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Dato KP JAKIM kepada semua panelis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts