GAZA, 18 Jun 2017 (PIC) — Seorang askar Zionis terbunuh dan tiga rakannya cedera, dua daripada mereka dalam kearaan parah, apabila jip yang mereka naiki terbalik di daerah Suraih di timur perkampungan Qarara, yang terletak di timur Khan Younis di sempadan Gaza.

Saksi menyebut sebuah jip Hammer tentera Zionis bergerak dengan laju di sebalik pagar sempadan dan terbalik lalu terbakar berdekatan barak tentera Kisovim, pos tentera Zionis yang terbesar di sempadan Gaza.

Tentera Zionis melakukan pencerobohan ke dalam wilayah Gaza hampir setiap hari.

SHARE