Seorang cedera parah, 14 ditangkap dalam pertempuran di Tebing Barat

JENIN, 24 Ogos 2016 (PIC) — Seorang penduduk Palestin cedera parah dan 14 yang lain ditangkap dalam operasi tentera Zionis di beberapa perkampungan, bandar dan kem pelarian di al-Khalil, Beit Lahm, Jenin, Tulkarem, Qalqiliya dan Nablus awal pagi tadi.

Pemuda Rafat al-Saadi, 25, cedera parah ditembak dengan dua butir peluru di bahagian dada dan perut ketika tentera Zionis menyerang masuk kem pelarian Jenin.

Empat lelaki ditangkap dari bandar Halhoul dan Sourif di al-Khalil, manakala seorang pemuda diculik dari bandar Kufr Kaddoum di Qalqiliya setelah tentera memecah masuk dan menggeledah rumahnya. Seorang lagi pemuda dari bandar Maythaloun di Jenin ditangkap di sebuah sekatan tentera.

Tentera penjajah turut menyerbu masuk bandar Ethna dan kem pelarian al-Fuwar di wilayah al-Khalil. Manakala di Beit Lahm, mereka turut memasuki kem pelarian Ayda dan bandar Beit Fujjar. Di Nablus, mereka menyerang bandar Talfit, Qaryout, Jaloud dan Qabalan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts