Seorang maut, 81 cedera dalam demonstrasi laut di Gaza

GAZA, 29 Okt 2018 — Seorang pemuda Palestin maut dan sekurang-kurangnya 81 yang lain cedera di tembak dengan peluru hidup, peluru getah dan gas penembak mata oleh tentera penjajah Zionis ketika menyertai perhimpunan demonstrasi laut ke-14 di pantai utara Gaza hari ini.

Tentera Zionis secara sengaja menyerang para peserta sehingga membunuh Mohammed Abu Obada, 27, yang berasal dari kem pelarian al-Shati. Beliau meninggal selepas dikejarkan ke Hospital al-Shifa.

Mohammed sebelum ini pernah cedera sebanyak tiga kali ketika menyertai perhimpunan Great Return March yang bermula pada 20 Mac lalu.

Seramai 15 yang lain cedera ditembak dengan peluru hidup, termasuk tujuh petugas paramedik. Beberapa petugas ambulan cedera sesak nafas.

Sebanyak 15 buah bot menyertai demonstrasi laut tersebut.

(IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts