Ringkasan

Seorang Pejuang Briged Qassam Syahid Di Sebuah Terowong Yang Runtuh

3 Dis, GAZA CITY – Seorang pejuang senior daripada sayap bersenjata gerakan Hamas meninggal dunia pada hari Rabu (2 Dis) di sebuah terowong yang runtuh berhampiran Jalur Gaza, menurut petugas perubatan Palestin dan kumpulan bersenjata tersebut.

“Yasser Sabri Radi, 37, seorang komander lapangan di Briged Qassam dari pusat Nuseirat Camp di Gaza, telah syahid pada pagi Rabu ketika melakukan tugasan jihad yang berkaitan,” kata kumpulan Briged Qassam dalam sebuah kenyataan mereka.

Kenyataan tersebut tidak menyatakan punca kematian, namun petugas perubatan Palestin berkata Radi meninggal dunia di sebuah terowong yang runtuh.

Briged Al-Qassam, merupakan sayap bersenjata Hamas yang telah menguasai Jalur Gaza sejak Jun 2007, dipercayai menggunakan rangkaian terowong di seluruh wilayah untuk mempertahankan tanah air mereka dari serangan tentera Yahudi Israel. Mn

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts