Seorang pelarian Palestin terbunuh, 10 cedera dalam serangan tentera Rusia di kem Khan al-Shih

DAMASKUS, 9 Ogos 2016 (PIC) — Pelarian Palestin Mahmoud Muhssin al-Khalidi terbunuh dan 10 yang lain termasuk wanita dan kanak-kanak tercedera dalam serangan tentera udara Rusia ke atas kem pelarian Khan al-Shih pagi semalam.

Laporan Kumpulan Bertindak Untuk Pelarian Palestin di Syria menyebut tentera Rusia telah menyasarkan kem pelarian tersebut dengan bom kluster, hanya beberapa hari selepas kumpulan penentang rejim Bashar mengumumkan bahawa mereka tidak membuat sebarang operasi ketenteraan di situ.

Pelarian di kem Khan al-Shih selama ini terpaksa hidup dalam sekatan oleh pihak rejim, tanpa kemudahan asas terutamanya rawatan perubatan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts