Seorang Pemuda Palestin Dibunuh, Tiga Tercedera

TEBING BARAT, 29 Dis 2014 (IMEMC) — Seorang pemuda Palestin telah terbunuh dan seorang lagi tercedera dalam kejadian serangan tentera Zionis ke atas sekumpulan penduduk berdekatan sekatan tentera Za’tara di utara Nablus.

Jamiel Dowekat, 17 tahun, ditembak dengan lima butir peluru dan terbunuh di tempat kejadian. Manakala Tal’at Thwieb, 16 tahun, tercedera dan dibawa ke sebuah hospital di kota Nablus.

Tentera Zionis mendakwa sekumpulan pemuda Palestin membaling batu ke arah kereta pendatang Yahudi yang tinggal di penempatan-penempatan haram yang berdekatan. Tentera bertindak mengejar mereka dan menembak peluru hidup, sekaligus membunuh Dowekat dan mencedera Thweib.

Tentera dilaporkan menahan Dowekat setelah beliau tercedera dan enggan memberi bantuan sehinggalah pemuda tersebut meninggal dunia.

Dalam kejadian berasingan pada waktu petang, tentera Zionis menembak sebuah kereta yang dinaiki oleh pemuda Palestin di selatan pekan Beit Ummer, mencederakan dua orang pemuda. Mohamed Awad, 17 tahun, mengalami kecederaan kritikal di bahagian kepala manakala Ayesh Awad, 19 yahun, ditembak di bahagian kaki. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital Hebron untuk mendapatkan rawatan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts