Seorang pemuda terbunuh, 3 cedera ditembak pasukan polis PA di kem Balata

NABLUS, 28 Sep 2016 (PIC) — Seorang pemuda Palestin terbunuh dan tiga rakannya cedera ditembak oleh pasukan polis Pihak Berkuasa Palestin (PA) di kem pelarian Balata di timur wilayah Nablus.

Dhia Araysha, 24, meninggal dunia di Hospital Rafidia di Nablus akibat kecederaan ditembak ketika menaiki sebuah kenderaan bersama tiga rakannya Fahd Jamal Ishtayya, Muhammad Hasan Marshoud, dan Ayham Hussein Srouji berdekatan persimpangan al-Ghawi yang terletak di antara kem Balata dan kem Askar.

Pasukan polis terbabit mendakwa mereka diserang kumpulan pemuda tersebut. Bagaimanapun sebuah rakaman video menunjukkan bahawa mangsa tidak membawa sebarang senjata atau mengancam pasukan polis itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts