Seorang remaja terbunuh, 2 cedera ditembak tentera Zionis

RAMALLAH, 18 Dis 2016 (PIC) — Seorang remaja Palestin terbunuh dan dua yang lain cedera ditembak oleh tentera Zionis dalam satu pertempuran ketika tentera menyerbu masuk perkampungan Beit Rima di barat laut Ramallah pagi tadi.

Ahmad Hazem Ata al-Rimawi, 19, ditembak dengan peluru hidup di bahagian dada dan meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Yasser Arafat di Salfit. Beliau adalah anak kepada bekas tahanan Hazem al-Rimawi yang dibebaskan tiga bulan lalu setelah merengkok dalam penjara Zionis selama hampir 15 tahun.

Dua lagi remaja cedera dan dikejarkan ke hospital awam Salfit untuk rawatan kecemasan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts