Seorang remaja terbunuh, 59 cedera dalam pertempuran di al-Khalil

AL-KHALIL, 16 Ogos 2016 (IMEMC) — Remaja Palestin Muhammad Abu Hashhash, 17, meninggal dunia dan 59 yang lain cedera dalam serangan tentera Zionis ke atas kem pelarian al-Fawwar di selatan al-Khalil.

Muhammad ditembak dengan peluru hidup di bahagian jantung dan meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital.

45 daripada mereka yang cedera ditembak dengan peluru hidup dan peluru getah, di mana 5 daripadanya dalam keadaan parah.

Pertempuran tercetus apabila tentera Zionis menceroboh masuk kem di awal pagi untuk memusnahkan rumah Mohammad al-Shobaki. Tentera Zionis dikerahkan ke serata kem dan berkawal di atas bumbung rumah-rumah penduduk. Kumpulan besar tentera juga dikerahkan ke empat buah kawasan bukit tinggi yang mengelilingi kem tersebut.

Tentera menghalang dan menyerang ambulan memasuki kawasan kejadian untuk membantu mangsa. Mereka kemudiannya menutup laluan masuk utama ke kem tersebut.

Muhammad Abu Hashhash
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts