Seorang terbunuh, 2 cedera ditembak di timur Gaza

GAZA, 4 Apr 2019 — Seorang pemuda Palestin terbunuh dan dua yang lain tercedera selepas ditembak tentera Zionis di sempadan timur Gaza, malam tadi.

Kenyataan jurucakap tentera Zionis, Avichai Adrei, menyebut tiga pemuda terbabit cuba menyelinap keluar dari Gaza melalui pagar sempadan. Beliau juga mendakwa bahawa semua mangsa membawa pisau ketika kejadian, dan mereka dibawa ke sebuah hospital selepas ditangkap.

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan dari pihak berkuasa di Gaza.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts